Lelaki Meninggal Dunia Disyaki Ketika Cuba Curi Kabel - Polis Daerah Kota Tinggi

12 Oct 2026 • 3:55 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Lelaki Meninggal Dunia Disyaki Ketika Cuba Curi Kabel - Polis Daerah Kota Tinggi

Seorang lelaki ditemui maut berhampiran rumah pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kilometer 21, FELDA Adela menuju ke Sungai Rengit, Kota Tinggi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata pihaknya menerima panggilan sekitar 6.46 pagi mengenai penemuan seorang lelaki tidak sedarkan diri.

Susulan itu, satu pasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Daerah Kota Tinggi hadir ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan.

Lelaki Meninggal Dunia Disyaki Ketika Curi Kabel

Hasil pemeriksaan awal, pihaknya mendapati lelaki tersebut telah meninggal dunia dan dijumpai dalam keadaan terbaring kira-kira 1 meter berhampiran rumah pencawang TNB dan kira-kira 20 meter dari jalan raya.

Pada masa yang sama, pemeriksaan pada tubuh badan mangsa juga mendapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang dijumpai.

Di samping itu, tanda-tanda awal menunjukkan kematian mangsa disebabkan unsur jenayah juga tidak ditemui.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut di sekitar tempat kejadian menjumpai beberapa peralatan disyaki digunakan untuk kegiatan mencuri kabel TNB.

Baca juga:

"Pemeriksaan lanjut di sekitar tempat kejadian menjumpai beberapa peralatan disyaki digunakan untuk kegiatan mencuri kabel TNB, iaitu sebuah cangkul kecil berukuran 45 cm, sebuah mesin canai tanpa kord (cordless grinder), sebatang tukul besi, sebuah perengkuh paip dan sebuah lampu suluh kepala.

"Berdasarkan pemeriksaan awal, si mati disyaki meninggal dunia ketika cuba melakukan kegiatan mencuri kabel elektrik," katanya dalam satu kenyataan.

Setakat ini, identiti si mati masih dalam proses pengesahan, manakala punca kematian masih dalam siasatan.

Mayat telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk tujuan bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (LMM).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved