Tiga lelaki ditahan disyaki curi kabel di Ipoh

12 Oct 2026 • 10:58 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Tiga lelaki ditahan disyaki curi kabel di Ipoh

Tiga lelaki ditahan di Ipoh kerana disyaki mencuri kabel Telekom Malaysia (TM), dengan polis merampas 65 batang kabel, dua buah kereta dan peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan itu

IPOH: Tiga lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes kecurian kabel dipercayai milik Telekom Malaysia (TM) di sebuah kebun di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah berkata ketiga-tiga suspek warga tempatan berusia 20 hingga 38 tahun itu ditahan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) D4, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, kira-kira 5.30 pagi. 

“Dalam operasi tersebut, polis turut merampas 65 batang kabel pelbagai saiz dipercayai milik TM, sebuah Toyota Hilux berwarna putih, sebuah honda civic berwarna kelabu serta beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri kabel.

“Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini bagi tujuan permohonan reman untuk membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook. 

Muhammad Najib berkata polis akan meneruskan siasatan bagi mengenal pasti penglibatan suspek dalam kes lain serta mengesan kemungkinan rangkaian kegiatan curi kabel di sekitar daerah Ipoh.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved