Lelaki menyamar ADC Raja Muda Selangor dipenjara 12 bulan, sebat

19 Nov 2026 • 1:33 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lelaki menyamar ADC Raja Muda Selangor dipenjara 12 bulan, sebat

SEREMBAN: Seorang lelaki yang disiasat berhubung kes penyamaran sebagai Pengawal Peribadi Sulit (ADC) Raja Muda Selangor dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ia selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan menipu membabitkan wang berjumlah RM27,300.

Majistret Nursalihah Sulaiman menjatuhkan hukuman terhadap Al-Zulfadly Alias, 40, selepas tertuduh mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dilakukan antara 2024 hingga 2025.

Pertuduhan pertama, dia didakwa menipu seorang lelaki dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa dia menawarkan sebuah kereta Honda City milik kerajaan dan sebuah rumah di atas tanah rizab Sultan Selangor untuk dijual.

Perbuatan itu mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah RM22,300 yang dimasukkan ke dalam akaun bank tertuduh.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menipu seorang lelaki dengan memperdayakannya supaya membuat pembayaran deposit sebanyak RM5,000 bagi pembelian sebuah unit Rumah Selangorku yang tidak wujud.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.-UTUSAN

 

The post Lelaki menyamar ADC Raja Muda Selangor dipenjara 12 bulan, sebat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved