
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 31 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana memiliki 166.59 gram kanabis.
Mohd Ridzuan Idjal mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus atas pertuduhan yang dihadapinya.
AdvertisementDia didapati memiliki dadah itu pukul 10.40 pagi, 11 Disember 2023, di tepi jalan di Kampung Tunggul Tinggi, Sipitang.
Kesalahan itu, di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) Akta sama, membawa hukuman penjara antara lima tahun hingga penjara seumur hidup, serta sebatan, jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Semasa mitigasi, dia merayu hukuman ringan dan agar hukuman bermula dari tarikh tangkapannya.
Bagaimanapun, pendakwaan memohon hukuman setimpal dikenakan ke atas Mohd Ridzuan.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mahkamah memerintahkan Mohd Ridzuan menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh penangkapannya.
Timbalan Pendakwa Raya Sofia Sawayan melakukan pendakwaan manakala peguam Chin Tek Ming mewakili Mohd Ridzuan.


