
KOTA BHARU: Polis menahan seorang lelaki yang memiliki empat rekod berkaitan dadah dan merampas 791 biji pil yaba seberat 87.71 gram daripadanya dalam serbuan di Kampung Pasir Parit, Chetok, Pasir Mas, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Mazlan Hassan berkata serbuan dan penahanan terhadap lelaki berusia 47 tahun itu dilakukan anggota Balai Polis Tok Uban.
“Saringan air kencing mendapati lelaki itu positif terhadap methamphetamine,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook PDRM Pasir Mas hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.






