PGA cekup tiga individu, syabu lebih 5kg dirampas

30 Oct 2026 • 11:17 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PGA cekup tiga individu, syabu lebih 5kg dirampas

BATU PAHAT – Tiga individu termasuk seorang wanita dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah dicekup Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam operasi di Batu Pahat dan Muar, Selasa lalu.

Serbuan menerusi operasi khas kira-kira pukul 8.35 malam itu membawa kepada penahanan dua lelaki dan seorang wanita tempatan di dua lokasi berasingan.

Pegawai Pemerintah Batalion 6 PGA, Superintendan Shohaiami Ismail berkata, operasi berkenaan dijalankan oleh Cawangan Risik Batalion 6 PGA, Muar hasil risikan pihaknya.

Menurutnya, pemeriksaan di kedua-dua lokasi menemukan lima bungkusan plastik mengandungi bahan disyaki dadah jenis methamphetamine atau syabu dengan berat keseluruhan 5,224.40 gram.

“Selain dadah, PGA turut merampas dua buah kereta iaitu Toyota Vios dan Honda Civic FD yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk dadah dan kenderaan dianggarkan berjumlah RM434,400,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi pertama dijalankan di kawasan tempat letak kenderaan tidak berbumbung bersebelahan sebuah pasar raya di Batu Pahat sebelum disusuli tindakan di Kampung Sarang Buaya Laut, Muar.

Katanya, kesemua suspek bersama barang rampasan kemudian diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 serta peruntukan berkaitan Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

The post PGA cekup tiga individu, syabu lebih 5kg dirampas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved