Tular Rakaman Lelaki T*mpar Isteri Dalam ‘Live’, Polis Terima Laporan Dari Adik Mangsa

Entertainment
27 Jan 2025 • 11:07 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki menampar seorang wanita di sebuah pusat beli-belah.

Tindakan melampau lelaki berkenaan terdedah apabila kebetulan sebuah kedai di situ sedang membuat live di media sosial.

Menurut laporan Harian Metro, polis mengesahkan pihaknya sedang mengesan individu terbabit dalam satu video tular berkenaan yang dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah di sekitar Kota Warisan, Sepang.

Difahamkan, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan daripada adik kepada wanita yang ditampar dalam video berkenaan.

“Pengadu adalah adik kepada mangsa yang mengesahkan bahawa mangsa yang dipukul adalah kakak kandungnya berusia 35 tahun.

Manakala, lelaki yang memukul mangsa adalah seorang lelaki tempatan berusia 50-an yang juga suami kepada wanita itu,” katanya.

Dalam laporan yang sama, pihak polis difahamkan sedang dalam proses merakam keterangan saksi berkenaan kejadian itu dan pada masa sama giat mengesan keberadaan suspek dan mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Dalam pada itu, pihak polis menyatakan jika terdapat sebarang maklumat berkaitan insiden tersebut, orang ramai boleh hubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mahafiz Mat Lawi di talian 010-2396533.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.