“Sepatut Bertanggungjawab Bagi Bantuan Pada Kami” – Suami Diminta Kerja Lebih Keras, Ibu 7 Anak Kecewa JKM Tak Nak Naikkan Bantuan

LocalPolitics
27 Jan 2025 • 11:06 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, di laman media sosial tular satu hantaran memaparkan luahan kecewa seorang wanita yang juga merupakan ibu kepada tujuh orang anak kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kecewa JKM tak nak naikkan jumlah bantuan

Difahamkan dari hantaran yang dimuat naik, wanita itu baru bersalin anak ketujuh dan menghubungi JKM untuk menaikkan kadar bantuan.

Bagaimanapun, pihak JKM memaklumkan bahawa keluarga mereka sudah menerima bantuan maksimum iaitu RM1000.

image is not available

Hal yang membuatkan ibu anak tujuh itu lebih kecewa selepas pihak JKM meminta agar suaminya bekerja lebih keras memandangkan ia merupakan tanggungjawab seorang ketua keluarga.

Patut ke pegawai JKM cakap macam tu? Sepatutnya tanggungjawab JKM lah nak bagi bantuan pada kami yang anak ramai ni.

‘M40 anak dua pun pening..’

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian ramai, di mana ada yang bersimpati tetapi ada juga yang kurang bersetuju dengan wanita terbabit kerana mereka yang memilih untuk memiliki anak ramai.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, netizen turut berpendapat jika wanita itu sedar status kewangannya tidak terlalu tinggi, sepatutnya dia serta suami perlu melakukan perancangan keluarga.

image is not available 4 days ago

"Bukan Pinjaman, Saya Tak Perlu Bayar Balik" - Syarikat Beri RM50000 Untuk Bayar Kos Pembedahan Bapa Staf