Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak malam tadi, kecoh di media sosial hantaran yang dimuat naik oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh yang mendesak agar seorang pengguna media sosial membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya.
Ia susulan tuduhan fitnah yang dikeluarkan oleh individu terbabit di ruangan komen yang mendakwa Akmal ‘mencuri’ serta menggunakan wang tersebut untuk menghulurkan bantuan.
Lelaki Mohon Maaf Kepada Akmal Saleh, Terkejut Ramai Tag Dirinya & Isteri
Terbaharu, lelaki yang dimaksudkan oleh bekas Adun Merlimau itu telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.
Jelas lelaki berkenaan dalam satu hantaran di Facebook, dia hanya menyedari permintaan Akmal itu selepas membuka telefon bimbit dan melihat ramai yang menanda (tag) namanya serta isteri.
“Assalamualaikum Tuan Akmal Saleh. Saya ingin memohon maaf secara terbuka dengan komen yang saya sudah buat pada posting tuan. Saya harap tuan memaafkan saya.
“Maaf sekali lagi sebab baru buat posting memohon maaf pada pagi ini sebab saya baru buka telefon dan melihat ramai yang tag saya dengan kata-kata yang kesat dan sampai tag isteri saya yang tidak ada kena mengena dengan apa yang saya sudah buat.
“Sekali lagi saya betul-betul ingin memohon (maaf) dan saya harap tuan dapat memaafkan saya,” tulisnya.
Akmal Saleh Mohon Individu Ambil Pengajaran
Menerusi ruangan komen hantaran individu terbabit, Akmal Saleh kemudiannya dilihat memberi nasihat kepada individu berkenaan agar menjadikan insiden ini sebagai pengajaran.
“Setiap kata-kata dan perbuatan kita akan memberikan kesan pada orang lain dan juga pada kita sendiri.
“Kalau tak mampu nak buat baik, jangan hina orang lain buat baik. Moga kau ambil pengajaran ini dan tak buat lagi pada masa akan datang.
“Berbeza pendapat tidak mengapa tetapi jangan sampai menghina orang. Terima kasih,” tulisnya.

Malah, Akmal dalam satu hantaran di Facebook miliknya turut mengingatkan orang lain agar menjadikan insiden itu sebagai pengajaran dengan tidak membuat tuduhan berdasarkan fakta.
Sebelum ini, Akmal mendesak individu berkenaan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 2 jam selepas memuat naik komen yang mendakwa dia mencuri serta menggunakan wang tersebut untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Jelas Akmal, sekiranya dia tidak mendapat permohonan maaf terbabit maka dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.
“Saya boleh terima apa jua kritikan tetapi apabila menuduh bahawa saya mencuri dan menggunakan duit curi untuk bantu orang lain maka ia satu penghinaan terhadap diri saya
“Maka saya tuntut individu ini, untuk memohon maaf secara terbuka dalam tempoh dua jam dari posting ini diterbitkan.
“Nak berbeza pendapat tidak ada masalah tetapi menuduh dan menghina bantuan kepada rakyat ia satu perkara yang tidak boleh diterima. Jika tidak ada permohonan maaf, kita jumpa di mahkamah,” tulisnya.
Menerusi tangkap layar yang turut dikongsikan pada hantaran sama, lelaki berkenaan turut menyamakan Akmal dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan tuduhan berkenaan.
“Dia ni macam Najib la, bagi sikit curi banyak. Lepas tu, yang budak-budak nampak, dia banyak tolong orang susah,” dakwa lelaki berkenaan dalam ruangan komen.
Baca Artikel Berkaitan: RCI TH: ‘Jika Yang Mencuri Melayu & Terus Nak Salahkan Bangsa Melayu, Itu Tak Adil’ – Akmal Saleh
Baca Artikel Berkaitan: “Bring It On” – Dr Akmal Saleh Tidak Gentar Jika Teresa Kok Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang






