Lelaki Mudah Terhibur, Lakukan Aksi Tarian Singa Dirumah Buat Netizen Berdekah

Entertainment
11 Feb 2024 • 4:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ketika sambutan Tahun Baharu Cina, pasti ramai yang tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung atau pergi bercuti. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk menghabiskan masa dirumah berehat bersama keluarga.

Pasti ada yang mengambil kesempatan ini untuk meluangkan masa bersama keluarga. Begitu jugalah dengan mereka yang berada dalam video tular ini. Seronok lihat dua orang lelaki menghabiskan masa dengan melakukan tarian singa di rumah.

Apa yang lebih menarik, lelaki tersebut menjadikan kotak limau mandarin sebagai kepala singa!

 

Malah, lihat lengok badan dan gerakkan mereka sahaja seakan-akan sudah ‘pro’ dalam membuat tarian itu.

Ternyata masyarakat kita saling mengetahui adat kamu lain dan turut bersama merasai keterujaan Tahun Baharu Cina. Tidak kira Melayu, India atau apa bangsa sekalipun, semua tidak mahu terlepas meraikan perayaan yang sama.

Kalau lama lagi latihan tu, dah boleh join tarian singa yang sebenarnya.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.