Lelaki Nekad Kunci Kepala Untuk Berhenti Merokok

Entertainment
7 May 2023 • 1:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki di Turkiye nekad untuk mengenakan helmet berkunci dalam usahanya untuk berhenti merokok.

image is not available

Ibrahim Yücel dari bandar Kütahya di Turkiye memutuskan untuk berhenti merokok selepas ayahnya meninggal dunia akibat kanser paru-paru dan menyedari bahawa beliau boleh menemui ajal dengan cara yang sama.

Walau bagaimanapun, dia mendapati ia sangat sukar, seperti kebanyakan orang yang cuba menghentikan tabiat buruk itu.

image is not available

Oleh itu, beliau memutuskan untuk menjadikannya mustahil untuk menghisap rokok secara fizikal, atau memasukkan sebatang rokok ke dalam mulutnya.

Memetik laporan Unilad, Ibrahim mengambil inspirasi daripada topi keledar motosikal yang dipakai oleh penunggang motosikal untuk mereka pagar di keliling kepalanya. Beliau mengambil dawai tembaga sepanjang 130 kaki dan membuat sangkar memakainya seharian.

Ibrahim juga memberikan kunci kepada keluarganya, dan ini bermakna beliau tidak mempunyai kuasa untuk membebaskan kepalanya sendiri daripada perangkapnya sendiri.

image is not available

Ibrahim sebelum ini menghabiskan dua paket rokok setiap hari dan kini berjaya menurunkan tabiat buruk itu kepada kosong, hasil daripada tindakan pelik beliau.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.