Lelaki nikah gadis 14 tahun ditikam abang ipar

23 Sep 2026 • 10:21 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki nikah gadis 14 tahun ditikam abang ipar

 

BATU PAHAT – Seorang wanita mendakwa anaknya tidak gila ketika Mahkamah Majistret Yong Peng dekat sini, hari ini memerintahkan anak lelakinya berusia 17 tahun menjalani pemeriksaan di Hospital Permai.

Remaja berkenan didakwa menikam adik iparnya sebanyak tiga kali dengan pisau sehingga mangsa cedera di bahagian belakang dan paru-paru dalam kejadian Khamis lalu.

Majistret Mustaqim Sukarno mengarahkan tertuduh menjalani pemeriksaan pada 22 Oktober ini bagi menentukan sama ada dia layak dibicara atau membuat pengakuan terhadap pertuduhan.

Mahkamah juga tidak menawarkan ikat jamin memandangkan tertuduh tinggal bersama mangsa serta saksi kejadian.

Tertuduh yang bekerja sebagai pembantu kedai menjual barangan terpakai didakwa melakukan cubaan membunuh adik ipar lelaki berusia 18 tahun dengan menikam menggunakan sebilah pisau yang boleh menyebabkan kematian.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Ismail, Senggarang, dekat sini, pada jam 5 pagi 17 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Shahzleen Ibrahim manakala tertuduh diwakili peguam, Siti Farha Farieb.

Turut hadir pada prosiding hari ini ialah mangsa selepas dibenarkan keluar hospital pada Sabtu lalu.

Mengikut fakta kes, dalam kejadian itu, tertuduh didakwa menikam dada dan belakang adik iparnya menggunakan pisau sepanjang 14.5 sentimeter.

Sehari sebelum kejadian, mangsa dan isterinya berusia 14 tahun yang juga adik tertuduh bertengkar pada jam 5 petang, namun remaja terbabit yang turut berada di lokasi hanya berdiam diri.

Bagaimanapun, ketika mangsa sedang tidur, tertuduh didakwa menendang adik iparnya itu dan kemudian terus menikamnya sebaik mangsa terjaga daripada tidur.

Kejadian itu tidak disedari ahli keluarga yang sedang tidur dan selepas menikam, tertuduh melarikan diri dan mangsa yang parah dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) oleh ibu mentuanya untuk rawatan.

Laporan polis dibuat pihak hospital sebelum pihak berkuasa berjaya menahan tertuduh di sebuah kedai menjual barangan terpakai pada jam 12.30 tengah hari 16 September bagi membantu siasatan.

 

 

The post Lelaki nikah gadis 14 tahun ditikam abang ipar appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved