Lelaki campak anak saudara ke dalam sungai direman tujuh hari

22 Sep 2026 • 10:14 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lelaki campak anak saudara ke dalam sungai direman tujuh hari

KOTA TINGGI: Seorang lelaki tempatan yang bertindak mencampak anak saudaranya berusia lima tahun ke dalam sungai di Kampung Padang, Tanjung Sedili, di sini semalam direman tujuh hari, bermula hari ini.

Perintah reman terhadap suspek berusia 37 tahun itu dikeluarkan Hakim, Hafizah Abdul Rajak di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum dibawa ke mahkamah, suspek telah dibawa bagi mendapatkan rawatan di Hospital Kota Tinggi terlebih dahulu.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman dilaporkan berkata, pihaknya menahan suspek susulan laporan diterima berhubung kejadian pada pukul 9.30 pagi.

“Polis terima laporan berkenaan kejadian seorang lelaki tempatan telah mengamuk dengan bersenjatakan parang dan mengejar seorang lelaki berusia 40 tahun.

“Sebelum itu, suspek dipercayai telah mencampak seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ke dalam sungai sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak tersebut,” katanya.-UTUSAN

The post Lelaki campak anak saudara ke dalam sungai direman tujuh hari appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved