Mayat dalam kereta: Abang terkejut adik maut bersama bekas kekasih

20 Sep 2026 • 6:58 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mayat dalam kereta: Abang terkejut adik maut bersama bekas kekasih

ALOR GAJAH – Keluarga wanita yang ditemukan maut bersama seorang lelaki dalam sebuah kereta di Taman Inang Sari, Durian Tunggal, di sini tengah malam tadi terkejut selepas mengetahui individu tersebut adalah bekas kekasihnya.

Abang mangsa yang enggan dikenali mendakwa, adiknya yang berusia 31 tahun sebelum ini pernah memaklumkan hubungannya dengan lelaki tersebut sudah lama berakhir.

Katanya, pasangan itu pernah menjalin hubungan dan hampir mendirikan rumah tangga, namun perancangan tersebut tidak kesampaian.

“Arwah (adik) beritahu mereka sudah lama berpisah. Sebab itu saya terkejut apabila menerima panggilan daripada rakan yang memaklumkan mereka ditemukan bersama dalam kereta Proton Preve.

“Saya tidak sangka perkara ini berlaku kerana setahu saya mereka sudah lama tidak bersama,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Menurut lelaki itu, adiknya dibesarkan oleh nenek mereka sebelum menetap bersama ibu saudara di Kampung Pulau, Durian Tunggal.

Katanya, dia diminta hadir ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk membantu proses pengecaman mayat wanita tersebut.

Terdahulu Kosmo! hari ini melaporkan seorang lelaki berusia 33 tahun dan wanita ditemukan tidak bernyawa dalam kereta Proton Preve di Taman Inang Sari pada pukul 12.05 tengah malam tadi.

Polis menerima laporan mengenai penemuan jasad kedua-dua mangsa daripada orang awam.

Kereta itu diletakkan di tepi jalan dalam keadaan tidak berkunci dan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah atau pergelutan dalam kejadian tersebut.

Kedua-dua mangsa dipercayai meninggal dunia dalam masa tiga hari sebelum ditemukan berdasarkan keadaan mayat yang sudah membengkak.

Semakan mendapati ibu mangsa wanita pernah membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya pada 17 September lalu. Setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

The post Mayat dalam kereta: Abang terkejut adik maut bersama bekas kekasih appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved