Lelaki obesiti pengsan diangkat bomba ke hospital Tuaran

5 Feb 2024 • 11:06 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terpaksa mendapatkan bantuan bomba mengangkat seorang lelaki obesiti dengan berat badan 160kg yang tidak sedarkan diri selepas dipercayai mengalami sesak nafas di Kampung Kota di sini, pagi tadi.

Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat seorang lelaki yang tidak sedarkan diri dan sedang menerima rawatan bantuan kecemasan jantung dan pernafasan atau "cardiopulmonary resuscitation" oleh pegawai perubatan KKM, kata pihak bomba.

Pasukan bomba seterusnya membantu mengangkat mangsa menggunakan stretcher untuk dibawa menaiki ambulan ke hospital berhampiran.

* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more * Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.