Lelaki OKU lembam hilang di ladang kelapa sawit belakang rumah

28 Sep 2026 • 9:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki OKU lembam hilang di ladang kelapa sawit belakang rumah

BATU GAJAH – Seorang lelaki kurang upaya berusia 26 tahun yang mengalami masalah lembam dilaporkan hilang dipercayai lari ke kawasan ladang kelapa sawit di belakang rumahnya di Kg. Batu 8, Jalan Tg. Tualang di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa yang menghidap penyakit asma dilaporkan hilang oleh polis kepada pihak bomba pada pukul 2.38 petang.

“Ketua operasi dimaklumkan oleh pihak polis yang menyatakan abang mangsa telah membuat laporan polis setelah menyedari adiknya tiada di rumah dan pintu belakang telah terbuka.

“Hasil perbincangan ketua operasi bersama dengan pihak polis, anggota bersama pihak polis disertai dengan unit K9 telah berpecah kepada enam kumpulan dan membuat pencarian di dalam ladang sawit tersebut,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, jarak pencarian adalah 700 meter bermula dari rumah mangsa ke ladang sawit dan kawasan berpaya.

Bagaimanapun, Sabarodzi berkata, mangsa belum dapat ditemui sehingga kini.

“Pada pukul 6 petang operasi pencarian ditangguhkan setelah perbincangan dilakukan bersama pihak polis atas faktor keselamatan.

“Operasi akan disambung semula pada pukul 8 pagi esok melibatkan tiga sektor kawasan pencarian iaitu di kawasan paya, lombong dan tali air,” katanya.

Beliau berkata, pencarian esok akan melibatkan tambahan anggota dari balai berhampiran dan Pasukan K9 Bomba. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki OKU lembam hilang di ladang kelapa sawit belakang rumah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved