Pelajar APU maut dirempuh bas

28 Sep 2026 • 5:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pelajar APU maut dirempuh bas

SUBANG JAYA – Seorang pelajar lelaki warga asing maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan USJ 1, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.34 pagi itu, sebuah bas yang dipandu lelaki tempatan berusia 29 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh motosikal yang dinaiki dua pelajar lelaki berusia 19 tahun.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, ketika kejadian, bas tersebut sedang bergerak dari arah Persiaran Subang Mewah menghala ke Edumetro.

“Setibanya di lokasi kejadian, pemandu bas dipercayai hilang kawalan lalu melanggar sebuah motosikal yang dinaiki dua individu yang sedang berhenti di lampu isyarat merah. Bas itu turut melanggar sebuah kereta yang diletakkan di bahu kiri jalan serta dua lagi kenderaan yang berada di hadapannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah manakala pembonceng disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kedua-dua mangsa merupakan warga asing dan masing-masing berusia 19 tahun serta merupakan pelajar di institusi pengajian swasta Asia Pacific University (APU).

“Penunggang motosikal telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan, manakala mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian supaya tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Subang Jaya, Inspektor Mohd Faizul Ahmad Suhaimi di talian 019-475 7385. – KOSMO! ONLINE

The post Pelajar APU maut dirempuh bas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved