Lelaki parah motor dirempuh di Lahad Datu

5 Jul 2025 • 9:09 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Seorang penunggang motosikal berusia 20 tahun cedera parah selepas motosikalnya dirempuh sebuah kenderaan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Dewan Sri Perdana, di sini, pada Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Supt Jimmy Panyau berkata kejadian berlaku sekitar jam 5 petang ketika mangsa dalam perjalanan dari Kampung Sepagaya menuju ke Jalan Tawau.

Katanya, kemalangan berlaku ketika mangsa sedang membuat pusingan-U dan dirempuh oleh sebuah kenderaan yang dipandu seorang wanita berusia 50 tahun.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Akibat perlanggaran itu, mangsa tercampak ke atas jalan dan mengalami kecederaan serius.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Lahad Datu dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan,” katanya, menambah pemandu itu tidak cedera.

Jimmy berkata siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Saksi kejadian diminta menghubungi Sarjan Hudian Rosmen pada talian 089-881255 atau hadir sendiri ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu bagi membantu siasatan.

Jimmy turut menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa berwaspada dan mematuhi peraturan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.