Lelaki Pasang Paip ‘Shower’ Pada Motosikal, Elak Cuaca Panas

Entertainment
22 Jun 2024 • 11:46 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kebelakangan ini, cuaca di beberapa negeri di Malaysia memang panas, namun nampaknya masalah cuaca melampau ini turut terjadi di negara-negara lain.

Selain tidak keluar rumah kecuali ada perkara penting, ramai yang memutuskan untuk cuba pelbagai cara untuk mengurangkan impak cuaca panas pada badan mereka. Takut jugak kalau kena strok haba kan.

Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki di India ini apabila dia memutuskan untuk memasang paip pancuran atau shower pada motosikalnya untuk kekal sejuk meskipun ketika cuaca panas.

Gelagat lelaki itu telah dirakam sebelum dikongsikan di Instagram fun.with.singh baru-baru ini.

Dalam video yang berdurasi selama hampir seminit itu, dapat dilihat paip pancuran yang dipasang pada motosikal yang sedang bergerak itu mengeluarkan air persis seperti sedang mandi di bawah paip shower di dalam bilik mandi.

Dapat dilihat juga, paip itu menggunakan air daripada tong yang turut dibawa bersama di atas motosikal terbabit.

image is not available

Lelaki itu juga kekal tenang menunggang motosikal sambil dibasahi air dari paip itu meskipun menjadi perhatian ramai di jalan, mungkin untuk menyejukkannya daripada cuaca panas.

Rata-rata warganet pula terhibur dengan gelagat lelaki berkenaan dan ramai yang faham bahawa tindakan itu wajar kerana cuaca sekarang di negara mereka memang panas.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.