Lelaki pecah masuk restoran makanan Jepun dijel 12 tahun

1 Aug 2024 • 4:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Seorang lelaki tempatan berumur 38 tahun dipenjara sejumlah 12 tahun kerana memecah masuk ke dalam sebuah restoran makanan Jepun dan sebuah rumah di sini.

Hakim Mahkamah Sesyen Zaini Fishir @ Fisal menjatuhkan hukuman itu kepada Mohamaad Erwan Asula yang mengaku bersalah kepada tuduhan terhadapnya.

Bagi tuduhan pertama, Mohamaad dipenjara tujuh tahun kerana menceroboh restoran Jepun itu di Batu 7, di sini, pada jam 9.45 pagi 11 September 2023.

Bagi tuduhan kedua, dia dipenjara lima tahun kerana memecah masuk ke dalam sebuah rumah di Bukit Nanas, di sini pada jam 6 pagi 4 Mei 2023.

SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more Mahkamah memerintah Mohamaad menjalani hukumannya serentak dari tarikh tangkap.

Mahkamah mendengar bahawa Mohamaad ditangkap semasa Ops Pintu/Kesan/Mega.

Dalam kejadian pertama, pemilik restoran itu mengalami kerugian kira-kira RM800 apabila wang dalam peti simpanan di restoran itu dicuri selain tombol pintu dan beberapa harta benda juga dirosakkan semasa kejadian pecah masuk itu.

Manakala kejadian kedua berlaku apabila pemilik rumah itu sedang tidur, dan dia dikejutkan dengan jeritan anak perempuannya yang menjerit ada pencuri.

Semasa kejadian itu, berlaku pergelutan antara anak pemilik itu dan Mohamaad, tetapi tertuduh lolos dengan dua telefon bimbit bernilai RM1,000.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.