Samun berkumpulan: Lelaki dipenjara 10 tahun, sebatan

30 Jul 2024 • 4:59 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Mahkamah Sesyen pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan satu sebatan terhadap seorang lelaki berusia 30 tahun yang melakukan samun berkumpulan terhadap seorang wanita.

Hakim Zaini Fishir @ Fisal menjatuhkan hukuman itu selepas Mohammad Zurfiqhar Mohd Sali mengaku melakukan jenayah itu terhadap Ramsia Kasim Koppong, 54, bersama seorang lagi yang masih bebas jam 12.40 tengah hari di perhentian bas Batu 5, 14 Julai lalu.

Mahkamah diberitahu pihak pendakwaan, ketika di perhentian bas, mangsa didatangi sebuah kereta yang berhenti di hadapannya.

Seorang lelaki tidak dikenali keluar dari bahagian penumpang hadapan kereta dan merampas beg galas mangsa dan melarikan diri.

SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more Mangsa turut cedera akibat bergaduh dengan lelaki yang menggunakan senjata jenis parang.

Mangsa kemudian membuat laporan polis pada tarikh sama yang membawa kepada penahanan Zurfiqahar yang memandu kenderaan itu di Jalan Buli Sim-Sim dekat Taman Grand View.

Siasatan juga mendapati kes itu membabitkan dua lelaki tidak dikenali yang melakukan rompakan itu bersama-sama.

Zurfiqhar melakukan kesalahan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.