Lelaki pukul individu memotong kenderaan dengan ekzos bising ditahan

29 Sep 2026 • 5:59 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lelaki pukul individu memotong kenderaan dengan ekzos bising ditahan

MERSING: Berang akibat kenderaan dipotong dan diprovokasi dengan ekzos berbunyi nyaring hingga menyebabkan bayinya menangis, seorang lelaki bertindak memukul seorang individu lain di sebuah kedai serbaneka di Jalan Ismail, di sini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, kejadian yang tular di media sosial itu dipercayai berlaku pada pukul 1 pagi, 25 September lalu.

“Siasatan mendapati pertengkaran dan kejadian pukul itu tercetus berpunca daripada tindakan mangsa yang membunyikan ekzos kenderaannya secara kuat.

“Pertengkaran tercetus apabila suspek marah terhadap mangsa yang dikatakan memotong kenderaan selain membunyikan ekzos dengan kuat hingga menyebabkan bayi yang dipangku isteri suspek terjaga lalu menangis.

“Akibat kejadian itu, mangsa telah mendapatkan rawatan di hospital dan disahkan mengalami kecederaan ‘soft tissue injury’ pada bahagian pipi kiri serta perut,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Abdul Razak, suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Mersing esok di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

“Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya.-UTUSAN

The post Lelaki pukul individu memotong kenderaan dengan ekzos bising ditahan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved