Lelaki rempuh kereta polis selepas dikejar dari PJ hingga Titiwangsa

15 Nov 2026 • 4:40 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki rempuh kereta polis selepas dikejar dari PJ hingga Titiwangsa

PETALING JAYA – Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an bertindak agresif apabila merempuh kereta polis ketika cuba meloloskan diri selepas dikejar dari Petaling Jaya hingga ke Titiwangsa, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.11 pagi itu, suspek yang memandu sebuah kereta jenis Toyota Vios pada mulanya cuba melarikan diri ketika melalui sekatan jalan raya di Jalan SS2/75, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, tindakan suspek itu menyebabkan anggota polis terpaksa mengejar kereta berkenaan yang dipandu secara berbahaya melalui beberapa laluan.

Menurutnya, kenderaan terbabit kemudian berjaya dipintas di kawasan Jalan Tiara Titiwangsa 10 namun suspek bertindak agresif ketika cuba ditangkap.

“Suspek melanggar kenderaan polis sebelum melarikan diri sekali lagi. Bagaimanapun kita berjaya menahan pemandu kereta yang merupakan lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsudin berkata, semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod dadah.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan, suspek dipercayai melarikan diri kerana terkejut melihat sekatan jalan raya. Lelaki itu tidak berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian pada pukul 2 pagi tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, Seksyen 279 kanun sama serta Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu.– KOSMO! ONLINE

The post Lelaki rempuh kereta polis selepas dikejar dari PJ hingga Titiwangsa appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved