Peserta Himpunan 125ZR Members maut nahas di Port Dickson

15 Nov 2026 • 2:12 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Peserta Himpunan 125ZR Members maut nahas di Port Dickson

PORT DICKSON, 15 NOV: Seorang peserta program Himpunan 125ZR Members 2.0 maut selepas motosikal ditunggangnya kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 5.7 Jalan Pantai di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Ahmad Afiq Mohd Adnan berkata nahas kira-kira 4.30 pagi menyebabkan lelaki tempatan berusia 28 tahun dari Petaling Jaya, Selangor itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati Perodua Axia dipandu wanita tempatan berusia 29 tahun itu dari arah Batu 4 Jalan Pantai menghala ke Taman Intan Duyung.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan dan melanggar kereta berkenaan.

"Akibat kemalangan itu, pemandu kereta mengalami kecederaan ringan manakala penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Afiq berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Port Dickson dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved