Peserta 125ZR Members maut motosikal bertembung kereta

15 Nov 2026 • 1:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Peserta 125ZR Members maut motosikal bertembung kereta

PORT DICKSON: Seorang peserta program Himpunan 125ZR Members 2.0 maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 5.7, Jalan Pantai, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Ahmad Afiq Mohd Adnan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan maut membabitkan sebuah kereta dan motosikal kira-kira pukul 4.30 awal pagi tadi.

Menurutnya , siasatan awal mendapati dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu, kereta yang dipandu oleh wanita tempatan berusia 29 tahun sedang bergerak dari arah Batu 4, Jalan Pantai menghala ke Taman Intan Duyung, di sini.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba motosikal yang ditunggang oleh mangsa, lelaki berusia 28 tahun yang berasal dari Petaling Jaya itu hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan.

“Motosikal itu kemudian melanggar kereta yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Afiq berkata, akibat daripada kemalangan itu, pemandu kereta berkenaan mengalami kecederaan ringan manakala penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Port Dickson untuk bedah siasat yang dijadualkan pada pukul 9 pagi ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

The post Peserta 125ZR Members maut motosikal bertembung kereta appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved