
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 34 tahun yang merogol anak saudaranya sehingga hamil dan melahirkan bayi lelaki akibat perbuatan tersebut, dipenjara 13 tahun dan dikenakan 10 sebatan.
Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz menjatuhkan hukuman itu kepada lelaki itu, yang mengaku bersalah kepada pertuduhan terhadapnya pada Jumaat.
Tertuduh telah merogol remaja berusia 17 tahun itu pada jam 2 petang 11 Ogos 2019 di kawasan ladang kelapa sawit di Beaufort.
Kesalahan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara lapan dan 30 tahun, dan sekurang-kurangnya 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah memerintahkan lelaki itu diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas hukuman penjaranya tamat.
Semasa rayuan, lelaki yang tidak diwakili itu, meminta hukuman ringan.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Lim Sze Chuen menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal, dengan mengatakan lelaki itu melakukan kesalahan serius kerana merogol anak saudaranya sendiri.
Lim berhujah bahawa akibat rogol itu, remaja itu telah melahirkan bayi lelaki pada 18 Mac 2020.
Mahkamah diberitahu bahawa ibu mangsa yang merupakan kakak tertuduh, telah membuat laporan polis terhadapnya selepas mengetahui anak perempuannya hamil kerana kejadian rogol yang dilakukan lelaki itu.
Susulan laporan itu, lelaki itu ditahan dan siasatan mendapati kejadian rogol berlaku di ladang kelapa sawit di mana lelaki itu telah mengheret mangsa ke dalam semak dan merogolnya.
Pada 18 Mac 2020, gadis itu telah melahirkan bayi lelaki itu dan DNA mengesahkan lelaki itu adalah bapa kandung bayi itu.
Lelaki itu telah melakukan kesalahan (merogol mangsa) di mana mangsa dan lelaki itu tidak dibenarkan di bawah undang-undang, agama dan adat, berkahwin.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


