
Kota Kinabalu: Seorang bapa tiri berusia 35 tahun yang berulang kali merogol anak tirinya sehingga hamil, dipenjara berjumlah 75 tahun dan dikenakan 15 kali sebatan rotan.
Lelaki itu mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan terhadap enam pertuduhan merogol remaja perempuan berusia 14 tahun itu, sejak dia berusia 13 tahun.
AdvertisementMangsa kini hamil tujuh bulan.
Lelaki itu merogol remaja terbabit setiap bulan antara Januari dan Jun tahun ini di sebuah rumah di sebuah kampung di Tuaran.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Bagi tiga pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta dua kali sebatan rotan dan hukuman itu berjalan serentak.
Untuk tiga pertuduhan lain, dia dijatuhi hukuman penjara 15 tahun serta tiga kali sebatan rotan, yang juga berjalan serentak.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara 10 tahun dan 15 tahun berturut-turut, yang bermaksud dia akan dipenjarakan selama 25 tahun dan bukannya 75 tahun.
Lelaki itu juga diperintahkan supaya diletak di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas menamatkan hukuman penjara.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Kesalahan mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara 10 dan 30 tahun, dan sebatan.
Semasa mitigasi, lelaki yang tidak diwakili itu merayu hukuman ringan dan hukuman penjara dijalankan serentak.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim menggesa agar hukuman pencegahan dijatuhkan berikutan keseriusan kesalahan itu termasuk trauma yang dialami remaja berkenaan.
Nurul berkata pelajar sekolah itu baru berusia 14 tahun dan kini hamil sambil menambah, anaknya tidak akan mempunyai bapa untuk menjaganya selepas dia bersalin.
Lelaki itu ditahan pada 29 Nov tahun ini berikutan laporan polis yang dibuat sendiri oleh mangsa.


