
Seorang pelancong Rusia dikhabarkan mengalami kecederaan selepas dipercayai cuba merogol seekor lembu ketika sedang bercuti di Surat Thani, Thailand.
Berjaya diselamatkan oleh polis
Menurut saksi, dia pada mulanya cuba memanjat badan seekor lembu jantan sebelum beralih kepada lembu betina yang ditambat pada pagar kayu berdekatan.
Lelaki berusia 26 tahun itu telah dibawa ke Hospital Bannaderm,Thailand untuk mendapatkan rawatan selepas berjaya diselamatkan polis dan paramedik kerana mengalami kecederaan yang teruk pada bahagian badannya.
BERITA TRENDING: Amalkan Minum Air Kencing Lembu, Akshay Kumar Tetap Positif COVID 19
Berada dalam keadaan khayal
Menurut seorang paramedik yang merawat Kuvshinov, dia dipercayai bertindak sedemikian kerana berada dalam keadaan khayal.
“Kami menemui ganja didalam kereta yang dipandu, dan mungkin dia berada dalam keadaan khayal sehingga mahu merogol lembu tersebut,” ujar paramedik tersebut.
Sementara itu, Leftenan Polis Thongchai Chaikit dari Balai Polis Ban Na Doem mengesahkan menerima laporan tersebut dan memberitahu bahawa pelancong tersebut kini ditahan di balai polis tempatan.
Tambah Chaikit, mereka kini sedang menunggu pihak polis pelancong dan imigresen sebelum siasatan lanjut dilaksanakan.
Sumber: The Sun UK
