
Cinta itu buta, itulah yang boleh digambarkan pada situasi yang berlaku kepada kepada seorang lelaki di Dazhou, China ini
Dia sanggup melutut selama 21 jam di luar bangunan tempat bekas kekasihnya bekerja gara-gara mahu memujuk wanita itu menerimanya kembali.
Menurut South China Morning Post, ketika lelaki itu bertindak sedemikian, hujan pula turun, jadi dia sanggup melutut dalam keadaan basah dari pukul 1 petang pada 28 Mac hingga 10 pagi keesokan harinya kerana mahu kembali dengan bekas kekasihnya itu.
Dia turut memegang jambangan bunga yang besar sebagai usaha untuk memujuk wanita tersebut.

Namun, sayangnya, menurut orang ramai di sekitar kawasan itu, kelibat wanita itu tidak terlihat sama sekali sepanjang tempoh lelaki itu melutut di luar bangunan pejabat itu.
Tindakan lelaki itu melutut telah dirakam oleh netizen yang kemudiannya berkongsikan video itu di media sosial negara itu.
Penduduk setempat yang sempat melihat tindakan lelaki itu ada memujuknya agar berputus asa kerana mereka berpendapat cinta itu tak perlu diraih dengan cara mengemis seperti itu.

Ramai juga warganet yang mengatakan bahawa perasaan tak boleh nak dipaksa dan lelaki itu sepatutnya terima hakikat dan cuba move on walaupun hatinya kecewa dan sedih.
Difahamkan juga, pihak berkuasa turut cuba memujuknya agar dia tidak menghalang laluan pejalan kaki namun lelaki itu enggan berganjak.
Memang sakit kalau berpisah, tapi kita kena move on la kan.
Bak kata pepatah bunga bukan sekuntum, kumbang pula bukan seekor.
Sumber: South China Morning Post
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.



