Huawei Watch GT Cyber, jam tangan dengan bekas boleh tukar kini di Malaysia pada harga bermula RM999

Digital
8 Apr 2023 • 5:38 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Huawei telah mengumumkan penjualan secara rasmi jam tangan pintar terbaharu mereka untuk pasaran Malaysia. Huawei Watch GT Cyber adalah sebuah jam tangan yang unik kerana seluruh badan jam boleh ditanggalkan daripada bekas untuk ditukar kepada badan baharu, tidak setakat tukar tali jam sahaja.

Huawei Watch GT Cyber ditawarkan dalam dua varian iaitu Midnight Black dan Golden Black yang masing-masing dijual pada harga RM999 dan RM1,099. Bezanya cuma pada warna dan tidak pada materi pembuatan dan spesifikasi.

image is not available

Jam tangan ini dijual secara ekslusif di Urban Republic. Tempahan awalnya sedang berjalan sehingga 13 April dan setiap tempahan awal akan menerima 2 casing percuma bernilai RM179. Rebat sebanyak RM220 juga diberikan untuk pembelian Huawei Watch GT Cyber yang kedua bersama-sama rebat 20% untuk pembelian bekas jam yang baharu.

Spesifikasi Huawei Watch GT Cyber

Ciri unik yang ingin diketengahkan Huawei pada Watch GT Cyber adalah kebolehan untuk badannya ditukar ganti. Ia tidak terhad kepada tukar strap, malahan keseluruhan badan jam boleh ditanggalkan daripada bekas untuk dtukar.

image is not available

Walau bagaimanapun, gaya bekas yang disediakan nampak sama sahaja, bezanya cuba pada skima warna. Diharapkan Huawei boleh sediakan bekas jam bertemakan kasual juga untuk jadikan jam ini lebih versatil.

image is not available

Di lain-lain bahagian, Huawei Watch GT Cyber cumalah jam tangan pintar yang biasa. Ia dilengkapi panel AMOLED 1.32" beresolusi 466p. Jam ini hadir dengan mikrofon dan speaker yang bermakna, panggilan telefon boleh dijawab terus melalui jam tangan dengan syarat ia berhubung dengan telefon secare Bluetooth.

image is not available

Sekiranya tidak bercakap telefon, speakernya sahaja boleh digunakan untuk mendengar muzik.

Antara sensor yang tersemat pada badan Watch GT Cyber adalah seperti:

  • akselerometer
  • giroskop
  • magnetometer
  • pembaca nadi
  • barometer
  • gps

image is not available

Dengan satu bateri penuh, ia boleh berkhidmat selamat 7 hari dalam penggunaan kasual ataupun 4 hari di bawah penggunaan lasak. Difinisi penggunaan lasak yang digariskan Huawei adalah seperti menjawab panggilan telefon 30 minit setiap hari, mendengar muzik Bluetooth 30 minit, fungsi TruSleep dihidupkan, senaman 180 minit untuk seminggu, dan skrin dihidupkan selama 30 minit setiap hari.

image is not available

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.