Lelaki Selamba Hisap Vape Dalam Restoran Di Mall KL, Pelayan Didakwa Buat Tak Kisah?

Entertainment
14 Aug 2023 • 4:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kita semua sudah sedia maklum bahawa merokok dan vape di dalam restoran adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan, tapi rupanya masih ada lagi orang yang tiada common sense tentang hal ini.

Beberapa foto tular di media sosial apabila ada seorang lelaki selamba hisap vape dekat dalam sebuah restoran dan apa yang membuatkan orang ramai jadi geram lagi adalah kedai makan itu terletak dalam sebuah pusat membeli belah, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

image is not available

Lebih teruk lagi, sumber melaporkan bahawa pekerja di kedai tersebut langsung tidak ambil kisah dengan tindakan pelanggannya walaupun sudah dimaklumkan kepada mereka.

“Saya dah cakap dekat staf dan minta dia untuk larang penghisap vape itu. Tapi staf situ abaikan saya. Itu adalah tanggungjawab staf itu untuk membendung perkara ini daripada berlaku.”

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang marah dengan sikap lelaki ini, ada antara mereka yang menggesa agar dua pelanggan berkenaan dikenakan tindakan segera.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Kalau kedai tempat outdoor tu boleh la faham, tapi ni, indoor dalam mall pula tu. Haishhh!!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.