Lelaki Singapura kempunan sertai RXZ Members 8.0 bahana aksi ‘Superman’

LocalCars
31 Jul 2026 • 8:45 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki Singapura kempunan sertai RXZ Members 8.0 bahana aksi ‘Superman’

HULU TERENGGANU – Padah melakukan aksi ‘Superman’, seorang pemilik motosikal Yamaha RXZ warga Singapura kempunan untuk menghadiri perhimpunan RXZ Members 8.0 selepas ditahan polis di Kilometer 403, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Ajil, di sini semalam.

Lelaki berusia 20-an itu ditahan pasukan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu sewaktu melalui LPT 2 pada pukul 6 petang.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata, penunggang motosikal Yamaha RXZ warga asing tersebut ditahan selepas dikesan melakukan aksi berbahaya yang dibimbangi membahayakan keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

“Suspek melakukan aksi ‘Superman’ yang merupakan pemanduan melulu dan membahayakan. Dia beritahu sedang dalam perjalanan ke Litar Permotoran Terengganu, Kuala Nerus untuk menyertai RXZ Members 8.0,” katanya di sini, hari ini.

Sharudin berkata, lelaki warga asing tersebut kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki Singapura kempunan sertai RXZ Members 8.0 bahana aksi ‘Superman’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved