Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Buat mereka yang meminati dunia permotoran, pasti anda tahu program RXZ Members Edisi Kelapan (RXZ Members 8.0) yang diadakan di Litar Permotoran, Gong Badak di Terengganu sudah bermula hari ini (31 Julai) sehingga 1 Ogos.
Lelaki Warga Singapura Ditahan Ketika Lakukan Aksi ‘Superman’
Bagaimanapun seorang lelaki dari Singapura ‘kempunan’ apabila dicekup Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum sempat tiba ke acara terbabit kerana kesalahan memandu secara melulu.
Memetik kenyataan polis, penunggang motosikal tersebut ditahan akibat melakukan aksi ‘superman’ ketika dalam perjalanan bagi menghadiri perhimpunan RXZ Members 8.0 kira-kira jam 6 petang semalam (30 Julai).

Baca Artikel Berkaitan: “Jalan Raya Bukan Hanya Laluan Menuju Destinasi”- Dr Zulkifli Titip Pesanan Buat RXZ Members
Lelaki Ditahan Ketika Dalam Perjalanan Ke Himpunan RXZ Di Kuala Nerus
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Superintendan Sharudin Abdul Wahab, lelaki berusia 20-an itu ditahan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu.
Siasatan polis mendapati lelaki terbabit sedang dalam perjalanan menghadiri perhimpunan RXZ Members 8.0 di Litar Permotoran Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.
“Lelaki itu didapati melakukan aksi ‘superman’ ketika semasa menunggang motosikal dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu, untuk siasatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.
Baca Artikel Berkaitan: Padah Buat Aksi Superman, 3 Minah Rempit Ditahan
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Buat Aksi ‘Superman’ & Zig Zag Di Lebuh Raya Tampil Serah Diri Pada Polis
Baca Artikel Berkaitan: Siap Buat Aksi Superman, Imam Berjubah Ditahan Sedang Merempit
Individu Boleh Dipenjara Hingga Lima Tahun Atau Denda Minimum RM5,000 Jika Sabit Kesalahan
Sharudin berkata, jika disabit kesalahan individu boleh dikenakan hukuman sebagaimana yang diperuntukkan mengikut akta berkenaan.
Memetik RTM, Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-duanya serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun dan kesalahan akan diendors pada lesen memandu.
Polis Tak Akan Kompromi Dengan Peserta RXZ Members 8.0 Yang Melanggar Undang-undang Jalan Raya
Dalam pada itu, pihak polis turut mengingatkan semua pengguna jalan raya termasuk peserta RXZ Members 8.0 supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan mengamalkan pemanduan berhemah.
“Pihak PDRM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang memandu secara berbahaya sehingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.”
Baca Artikel Berkaitan: RXZ Members 8.0: Tiada Roadblock, Polis Guna Kaedah Risikan & Rakaman Video Sebagai Bukti Sebelum Ambil Tindakan
Baca Artikel Berkaitan: Penganjur RXZ Members Tukar Slogan Jadi ‘Yang Santai Pasti Sampai’, Ajak Peserta Tunggang Motosikal Secara Berhemah

![[VIDEO] Terengganu sambut peserta RXZ Members 8.0, hulur hadiah dari atas jejambat](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/07/WhatsApp-Image-2026-07-31-at-6.57.50-PM-1024x682.jpeg)




