
Pelakon, Isa Khan menasihati golongan wanita agar lebih berhati-hati dalam memilih bakal suami terutama lelaki yang mempunyai sikap suka curang.Menerusi perkongsian di Threads, Isa berpendapat lelaki yang belum berkahwin tetapi sudah berlaku curang tidak layak dijadikan suami.“Lelaki yang suka curang ini tidak layak jadi suami, macam mana nak jadi imam dalam keluarga kalau belum kahwin pun dah curang.“Wahai wanita, jangan sesekali kau kahwin dengan lelaki macam ini,” tulisnya.Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan Isa.Mereka turut mengingatkan golongan wanita agar bijak memilih calon suami yang bukan sahaja baik dari segi agama, malah sikap dan tanggungjawabnya.




