Lelaki syukur isu bekalan elektrik dapat perhatian Sultan Pahang

LocalPolitics
20 May 2026 • 6:28 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Papan tanda “Ampun Tuanku, mohon berhenti sekejap” yang tular di Ulu Tembeling berkaitan permohonan bekalan elektrik 13 tahun

Penantian selama 13 tahun akhirnya membawa berita gembira apabila isu permohonan pemasangan tiang elektrik di sebuah kawasan pedalaman Ulu Tembeling, Pahang, mula mendapat perhatian dan tindakan daripada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Kisah ini dikongsikan oleh Muhammad Ramadhan, yang memaklumkan bahawa keluarganya di kawasan tersebut telah sekian lama menunggu kemudahan bekalan elektrik walaupun pelbagai permohonan telah dibuat kepada pihak berwajib. Sepanjang tempoh itu, katanya dia sekeluarga terpaksa melalui kesukaran hidup tanpa bekalan elektrik termasuk menggunakan bateri kereta untuk mengecas telefon bimbit.

Menerusi perkongsian video di TikTok, dia bersama isterinya telah menyediakan satu papan tanda bertulis ‘Ampun Tuanku, mohon berhenti sekejap’ ketika Sultan Abdullah dalam perjalanan ke sebuah acara.

Lebih menyentuh hati Ramadhan, Sultan Abdullah dilaporkan telah mendengar sendiri keluhan serta permohonan keluarga berkenaan.

♬ Oh Tuhan Mudahkanlah Jalan Hidupku – Naylaluthfia
Baca juga:

Dalam perkembangan terkini yang dimuat naik oleh Ramadhan, permohonan tersebut telah diluluskan dan proses penghantaran serta pemasangan tiang elektrik sedang dijalankan. Difahamkan juga, tiang elektrik telah pun tiba di lokasi dan kerja-kerja pemasangan dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat.

Ramadhan menzahirkan penghargaan kepada semua yang membantu menyelesaikan isu tersebut, termasuk pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka serta semua pihak yang menyalurkan perhatian terhadap kes ini.

“Alhamdulillah, semua dipermudahkan. Terima kasih kepada Tuanku, TNB dan semua yang terlibat. Jangan salahkan mana-mana pihak,” katanya.

The post Lelaki syukur isu bekalan elektrik dapat perhatian Sultan Pahang appeared first on The Reporter.

View Original Article