Lelaki tawar ganjaran RM32K jika temui iPhone 15 Pro Max milik isterinya yang hilang

LocalTechnology
17 Oct 2024 • 4:40 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

SINGAPURA – Seorang lelaki menawarkan ganjaran sebanyak SG$10,000 atau RM32,000 kepada mana-mana individu mengembalikan iPhone 15 Pro Max milik isterinya yang hilang.

Menurut Joseph Phua, isterinya secara tidak sengaja tertinggal telefon pintar tersebut d dalam tandas pusat beli-belah Ion. Apabila mereka cuba mendapatkannya semula, telefon tersebut sudah tiada dan dipercayai diambil oleh individu tidak bertanggungjawab.

“SG$10,000 ganjaran untuk kembalikan telefon, tanpa sebarang persoalan.

“Isteri saya kehilangan iPhone di tandas pusat beli-belah Ion semalam, Selasa, 15 Oktober, kira-kira jam 2 petang,” tulisnya pada hantaran di Facebook.

image is not available

Difahamkan, telefon tersebut mengandung gambar-gambar kenangan bersama keluarga sejak dua tahun lalu dan mempunyai nilai sentimental value. Mereka sepatutnya membuat salinan, namun terlupa untuk berbuat demikian.

Lokasi terakhir pergerakan telefon itu dikesan adalah di Terrasse Lane ke Sumang Lane. Alat peranti itu juga telah dikunci dari jauh dan nombor IMEI peranti tersebut juga telah dilaporkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Sekiranya terdapat cubaan untuk menjual iPhone itu, pihak polis akan terus menjejak peranti berkenaan.

Joseph amat berharap telefon itu dikembalikan sama ada terus kepada mereka atau mana-mana balai polis berdekatan. Malah, Joseph turut menawarkan ganjaran SG$5,000 atau RM16,000 kepada sesiapa yang mempunyai maklumat keberadaan telefon isterinya dan lokasi individu terbabit.

“Kami tidak akan berhenti mencari telefon itu sehingga ia dikembalikan,” tegasnya.