Lelaki tempatan ditahan bersama syabu 

1 Jul 2026 • 4:19 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Lelaki tempatan ditahan bersama syabu 

SEMPORNA: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun serta merampas dadah disyaki syabu bernilai kira-kira RM500 dalam satu operasi di Kampung Gelam-Gelam, Pulau Bum Bum pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintenden Tan Hiap Wah berkata sejurus suspek ditahan, hasil pemeriksaan menemukan 7.58 gram dadah yang dipercayai syabu dalam simpanan lelaki berkenaan.

“Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna untuk siasatan lanjut.

“Permohonan reman akan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Sementara itu Tan menegaskan Polis Semporna tidak akan berkompromi terhadap sebarang kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Menurutnya tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati terbabit dalam aktiviti berkaitan dadah.

Beliau turut menggesa orang awam supaya menyalurkan maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah, termasuk penyalahgunaan dan pengedaran dadah, bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved