Sindiket LPG subsidi tumpas, rampasan cecah RM56,000

1 Jul 2026 • 11:05 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Sindiket LPG subsidi tumpas, rampasan cecah RM56,000

SHAH ALAM, 2 JULAI: Sindiket menyeleweng gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi tumpas selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor merampas 190 tong gas bernilai kira-kira RM56,000 dalam serbuan di Sungai Pelek, semalam.

Pengarah KPDN Selangor Muhamad Hanif Asa'ari berkata serbuan Op Tiris 4.0 Bersepadu pada jam 2.10 petang itu dijalankan hasil risikan selama dua minggu dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pemeriksaan mendapati premis terbabit menjalankan aktiviti 'decanting', iaitu memindahkan LPG bersubsidi daripada tong 14 kilogram ke tong komersial 50 kilogram sebelum dijual kepada sektor industri pada harga lebih rendah, lapor Berita Harian.

"Kami mengesyaki LPG bersubsidi itu dijual semula kepada pihak industri pada harga di bawah pasaran," katanya.

Seorang lelaki tempatan ditahan, manakala sebuah lori bonded, 190 tong LPG pelbagai jenama, hos penyambung dan peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan itu turut disita.

Siasatan awal mendapati sindiket memperoleh bekalan LPG bersubsidi daripada pemborong berlesen di sekitar Banting, Tanjung Sepat dan Sungai Pelek.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda sehingga RM1 juta atau dipenjara maksimum tiga tahun, manakala syarikat boleh didenda sehingga RM2 juta.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved