Larikan iPhone 17 selepas berpura-pura jadi pembeli, suspek dicekup polis

LocalDigital
27 Jun 2026 • 12:37 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Larikan iPhone 17 selepas berpura-pura jadi pembeli, suspek dicekup polis
Seorang lelaki tempatan berumur 21 tahun yang disyaki terbabit dalam kejadian itu ditahan pada jam 8.45 malam hari sama.

SHAH ALAM - Seorang lelaki berpura-pura mahu membeli sebuah iPhone 17 sebelum melarikan telefon pintar milik seorang peguam hartanah dalam kejadian di Pangsapuri PPR Hicom, Jalan Belimbing 26/28 di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu, mangsa yang merupakan seorang peguam hartanah telah bertemu suspek selepas lelaki berkenaan menyatakan minat untuk membeli telefon bimbit berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 12.30 tengah hari.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek yang merupakan lelaki tempatan telah datang ke lokasi dan berbincang dengan mangsa mengenai urusan jual beli telefon berkenaan.

"Bagaimanapun, secara tiba-tiba suspek bertindak merampas telefon bimbit yang sedang dipegang mangsa sebelum menolaknya sehingga terjatuh.

"Suspek kemudian melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal Yamaha 135LC berwarna hitam yang nombor pendaftarannya tidak dapat dipastikan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sarudin berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Cawangan D4 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bersama anggota Balai Polis Sri Muda menahan seorang lelaki tempatan berumur 21 tahun yang disyaki terbabit dalam kejadian itu pada jam 8.45 malam hari sama.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 352 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Farhan Khasmuri di talian 019-3369077 bagi membantu siasatan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved