Lelaki terjatuh dari ketinggian 30 meter ketika mandi air terjun

11 Jul 2026 • 4:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki terjatuh dari ketinggian 30 meter ketika mandi air terjun
Mangsa berusia 38 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala serta luka pada badan selepas dipercayai tergelincir dan terjatuh di atas batu. Foto JBPM Perak
Image from: Lelaki terjatuh dari ketinggian 30 meter ketika mandi air terjun
Anggota bomba bersama dua petugas KKM menjalankan operasi menyelamat dengan menstabilkan mangsa sebelum membawanya keluar menggunakan pengusung melalui laluan berbukit. Foto JBPM Perak

IPOH - Seorang lelaki cedera selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 30 meter ketika mandi di kawasan Air Terjun Buntong dekat Menglembu di sini pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.15 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, kedudukan mangsa yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi memerlukan anggota berjalan kaki serta mendaki laluan berbukit untuk sampai ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati mangsa berusia 38 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala serta luka pada badan selepas dipercayai tergelincir dan terjatuh di atas batu.

“Kejadian berlaku ketika mangsa sedang melakukan aktiviti mandi manda bersama seorang rakan wanita di kawasan air terjun tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

**media[3578868]**

Beliau berkata, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berada di lokasi dan memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum ketibaan bomba.

Tambahnya, anggota bomba bersama dua petugas KKM kemudian menjalankan operasi menyelamat dengan menstabilkan mangsa sebelum membawanya keluar menggunakan pengusung melalui laluan berbukit.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak KKM untuk dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Operasi yang melibatkan tujuh anggota bomba bersama dua petugas KKM itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.36 petang.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved