Peserta wanita Superbike Fighter 2.0 maut, motosikal rempuh pembahagi jalan

11 Jul 2026 • 10:20 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Peserta wanita Superbike Fighter 2.0 maut, motosikal rempuh pembahagi jalan

KUALA TERENGGANU, 11 JULAI: Seorang peserta wanita program Superbike Fighter 2.0 2026 maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas di Jalan Jambatan Kuala Ibai, dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai kemalangan maut melibatkan sebuah motosikal jenis Aprilia kira-kira 6.45 petang.

Beliau berkata siasatan mendapati kejadian berlaku apabila motosikal tersebut yang datang dari arah Gong Badak, Kuala Nerus menuju ke Dungun hilang kawalan ketika melalui selekoh, lalu melanggar pembahagi jalan.

"Kemalangan itu menyebabkan mangsa yang berusia 40 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

"Mangsa yang berasal dari Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari program Superbike Fighter 2.0 2026 di Gong Badak menuju ke penginapan inap desa di Dungun," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved