
KINABATANGAN: Seorang lelaki berusia 42 tahun maut selepas dipercayai terjun ke dalam sungai di Kampung Bilit, Sukau, Ahad.
Mangsa dikenali sebagai Mohd Zulkarnain Yusuf dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, PPgB Hairi Utoh, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Balai Polis Kampung Sukau pada jam 9:12 pagi, memaklumkan kejadian melibatkan seorang lelaki yang dilihat terjun ke sungai pada sekitar jam 6 pagi Sabtu.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Pasukan bomba segera digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 60 kilometer dan tiba pada jam 10:20 pagi. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan secara pencarian permukaan sejauh tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjun.
Pada jam 9:45 malam Ahad, Bilik Kawalan BBP Kinabatangan menerima maklumat daripada orang awam bahawa mayat mangsa telah ditemui kira-kira 1.5 kilometer dari jeti Kampung Bilit.
Pasukan bomba bergerak ke lokasi dan membantu mengangkat mangsa sebelum menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.



