Lelaki terlibat pembunuhan peneroka warga emas direman tujuh hari

28 Oct 2026 • 11:03 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lelaki terlibat pembunuhan peneroka warga emas direman tujuh hari

KOTA TINGGI: Suspek yang ditahan terlibat kes pembunuhan seorang peneroka warga emas menggunakan kapak di Felda Lok Heng Selatan, di sini ditahan reman selama tujuh hari, bermula hari ini.

Perintah reman terhadap individu lelaki tempatan berusia 41 tahun itu dikeluarkan Hakim, Hidayatul Syuhada Shamsudin di Mahkamah Majistret Pengerang, di sini hari ini.

Perintah reman itu dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, suspek yang berpakaian lokap berwarna jingga tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 9.45 sambil diiringi polis.

Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, suspek berjaya ditahan pada pukul 10.26 pagi di dalam kebun kelapa sawit.

Beliau dilaporkan berkata, mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 68 tahun ditemukan berlumuran darah dan terbaring di tepi jalan.-UTUSAN

The post Lelaki terlibat pembunuhan peneroka warga emas direman tujuh hari appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved