Lelaki Tersadai Tepi Jalan Dengan Jenazah Bapa, Minta Tolong Kenderaan Lalu Lalang Tapi Dipandang Sepi

24 Jun 2024 • 10:00 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
van jenazah

Tular di media sosial semalam, seorang lelaki menangis memohon bantuan van jenazah untuk menguruskan bapanya yang meninggal dunia di tepi jalan.

Difahamkan, van yang dipandu Mohd Ariff mengalami kerosakan dalam perjalanan dari Sandakan menuju ke Bongawan, Papar.

Hasratnya membawa pulang bapa mentua untuk dijaga di kampung tidak kesampaian apabila bapa meninggal dunia dalam perjalanan yang mengambil masa 8 jam itu.

image is not available

image is not available

Jelas Mohd Ariff, kematian bapa mentuanya telah disahkan oleh pihak Hospital Tuaran yang ke lokasi kejadian.

Namun, jenazah tidak dibawa ke hospital dan pihak hospital memintanya mengatur sendiri van jenazah. Dengan bantuan rakan, van jenazah dari kampung berhampiran telah tiba selepas dua jam menunggu.

image is not available

Dalam hantaran terbaru, Mohd Ariff meluahkan rasa syukur urusan pengebumian bapa sudah selesai. Katanya, ini pertama kali dalam hidupnya berdepan detik sukar seperti itu.

Katanya, dia cuba melambaikan tangan dalam keadaan menangis meminta simpati kenderaan yang lalu lalang. Tetapi, tiada satu pun berhenti atau melihat.

image is not available

Mohd Ariff berfikiran mungkin kenderaan lalu lalang itu takut atau keadaannya yang darurat kelihatan seperti orang jahat.

Dia cuba menjelaskan ada jenazah bapa di dalam van yang tersadai rosak tetapi pemandu hanya berlalu begitu sahaja.

Selepas itu, barulah Mohd Ariff membuat live di Facebook menguar-uarkan pencarian van jenazah ke lokasi kejadian.

Kredit: Facebook Mohd Ariff Ahmad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.