Lelaki tertimbus dalam tanah runtuh

LocalEnvironment
11 Sep 2025 • 9:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Identiti kedua-dua individu itu belum dikenal pasti berikutan kesukaran pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Penampang untuk sampai ke tempat kejadian. Gambar hiasan

PENAMPANG - Seorang lelaki tertimbus dalam tanah runtuh yang menghempap sebuah rumah di Kampung Sarapung di sini petang Khamis.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sabah ketika dihubungi Bernama memaklumkan pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 6.10 petang Khamis memaklumkan dua individu terlibat dalam kejadian itu.

Menurutnya, seorang daripada mangsa iaitu seorang wanita berjaya diselamatkan oleh orang awam dan dalam keadaan stabil.

Beliau berkata, identiti kedua-dua individu itu belum dikenal pasti berikutan kesukaran pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Penampang untuk sampai ke tempat kejadian.

"Pasukan bomba mengalami kesukaran untuk sampai di lokasi berikutan berlaku tanah runtuh dan arus air (banjir) yang deras. Maklumat mangsa masih belum diperolehi," katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved