Tanah Runtuh Dilapor Berlaku Di Jalan Penampang-Tambunan

LocalEnvironment
11 Sep 2025 • 5:09 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tanah Runtuh Dilapor Berlaku Di Jalan Penampang-Tambunan

PENAMPANG — Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Kampung Madsiang Jalan Penampang-Tambunan susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

Insiden mengakibatkan berlaku gangguan trafik dan keadaan jalan tidak selamat kepada pengguna jalan raya.

Menerusi klip yang dikongsikan pengguna di media sosial memaparkan runtuhan berkenaan menutup laluan jalan raya, dengan hujan lebat mengalirkan air keruh di jalan raya..

Sebuah kenderaan turut dilihat terkesan dengan insiden berkenaan. Sementara itu, beberapa kenderaan lain yang melalui laluan itu mula berpatah balik susulan kejadian.

https://www.facebook.com/reel/627895356830169

https://www.facebook.com/reel/1108176654792176

https://www.facebook.com/reel/1442714746972202

https://www.facebook.com/mimierobertt/videos/1142517574452518

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk berhati-hati dan mengikuti arahan pihak berkuasa tempatan.

Semalam, satu kejadian tanah runtuh juga dilaporkan berlaku di laluan Tambunan-Kota Kinabalu di Notorus.

Keadaan itu mengakibatkan laluan berkenaan tidak dapat di lalui semua jenis kenderaan.

https://www.facebook.com/InfoLaluLintasSabah/posts/pfbid02A3wrHEknD35HY1cx66qYtrFEUeYtgJQ67EpnbL3T35APN9RXgZ6qkUaRKoa2SinBl

Sumber: Video Tular