Lelaki Tua Buka Baju Di Badan Beri Kepada Gelandangan Kesejukan Di Tepi Jalan

30 Jun 2024 • 2:34 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
gelandangan

Di TikTok tular rakaman video memaparkan aksi mulia seorang pak cik membantu gelandangan di tepi jalan.

Menerusi video yang dimuat naik pengguna TikTok @afhiaffandy, pak cik itu dilihat menegur gelandangan tersebut sebelum membuka baju putih yang dipakainya di dalam jubah.

Suasana ketika itu baru lepas hujan di mana jalan raya masih lagi basah dan gelandangan itu hanya berseluar panjang tanpa baju.

@afhiaffandy

Semoga Allah terima Amal Kebajikan Tuan Hj Wan Alamshah MasyaAllah Tabarakallah….. Seorang yang kmk niat dari kmk orang “angkat tuboh “mbak kata urang tua…. Hidup Hj wan tok xjauh dari Amal kebajikan …. maseh ingat kata2 nya ngan kmk orang dolok…”xmampu kita kenyangkan orang ,cukup nangga orang yang kita bantu senyum…” Allahu…..Moga menjadi Asbab mengajak orang lain dalam Fastabiqul Khairat berlumba-lumba melakukan kebaikan Alhamdulillah hidup kita maseh ada serba sedikit kemampuan…ada orang xmerasa tilam yang empuk,makan dgn tenang,rumah yang selesa…pakaian yang baik…. kita jak kurang bersyukur Moga Allah kurniakan kita nikmat rasa syukur dgn hati yang tenang #fypシ #fyp #sarawaktiktok #fyp

♬ original sound – Afhi Affandy – Afhi Affandy

Selepas memberikan baju, pak cik yang dikenali sebagai Tuan Hj Wan Alamshah kemudian membelikan makanan untuknya.

Kata pengguna TikTok @afhiaffandy, Tuan Hj Wan sering membuat amal kebajikan di mana saja beliau berada.

image is not available

Malah, Tuan Hj Wan pernah menasihatinya supaya berusaha untuk membuat orang lain tersenyum biarpun tanpa wang ringgit.

Allahu. Moga menjadi asbab mengajak orang lain dalam fastabiqul khairat berlumba-lumba melakukan kebaikan. Alhamdulillah hidup kita masih ada serba sedikit kemampuan. Ada orang tak merasa tilam yang empuk, makan dengan tenang, rumah yang selesa, pakaian yang baik. Kita jak kurang bersyukur. Moga Allah kurniakan kita nikmat rasa syukur dengan hati yang tenang.

Tindakan itu mengundang rasa sebak orang ramai. Rata-rata mendoakan semoga Allah SWT merahmati Tuan Hj Wan dan semoga beliau sentiasa diberikan kesihatan yang baik.

Kredit: TikTok @afhiaffandy

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.