Pemuda Maut Dibaham Buaya

30 Jun 2024 • 8:15 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Mayat mangsa ditemui orang awam tidak lama selepas kejadian - Gambar hiasan

KINABATANGAN - Seorang lelaki maut selepas dibaham buaya ketika memancing di tepi sungai Ladang Pontion Subok, Sukau di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Nurul Azlan Jamaluddin berkata, mayat Firman Irwan, 24, dijumpai orang awam pada 2.30 petang.

"Mayat ditemukan di kedudukan 1.2 kilometer dari lokasi mangsa diserang buaya," katanya.

Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan seorang lelaki dibaham buaya daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan pada 1.32 tengah hari.

Susulan itu, katanya empat anggota bomba bergegas ke lokasi sejauh 73 kilometer bagi operasi mencari dan menyelamat yang turut disertai anggota polis serta Jabatan Hidupan Liar Sabah. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved