Lelaki tular buat kecoh ketika sambutan Hari Kebangsaan disahkan positif dadah

2 Sep 2026 • 1:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki tular buat kecoh ketika sambutan Hari Kebangsaan disahkan positif dadah
Lelaki yang ditahan kerana dipercayai melakukan provokasi ketika sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya, Isnin lalu didapati positif dadah jenis THC.

PUTRAJAYA – Lelaki yang ditahan kerana dipercayai melakukan provokasi ketika sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya, Isnin lalu didapati positif dadah jenis THC.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, suspek berusia 30 tahun itu hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada jam 12.15 tengah malam, 2 September.

Menurutnya, polis menerima lima laporan berkaitan kejadian provokasi berkenaan, manakala tujuh rakaman percakapan saksi telah diambil bagi membantu siasatan.

"Ujian air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis THC.

"Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan polis telah merakam keterangan tujuh individu berhubung kes berkenaan.

Lelaki berusia 30 tahun yang juga seorang tukang masak telah ditahan di Putrajaya selepas lima laporan polis telah dibuat terhadapnya.

Terdahulu media melaporkan, lelaki terbabit direman sehari bermula Rabu bagi membantu siasatan berhubung insiden tersebut.

Sebelum ini tular beberapa rakaman video yang memaparkan seorang lelaki berbaju coklat mencetuskan provokasi terhadap anggota polis yang bertugas.

Aidi Sham berkata, permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) telah dibenarkan selama satu hari.

Katanya, siasatan masih dijalankan bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian tersebut.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved