
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini, tular di media sosial satu video memaparkan seorang lelaki dengan sengaja menghina agama Islam dan mengeluarkan kata-kata lucah.
Video terbabit yang dimuat naik di akaun Facebook atas nama ‘Vijayan Savarinathan’ pada Rabu lalu (5 Mac) itu dipercayai dilakukan kerana tidak berpuas hati dengan isu tiga penyampai radio Era FM yang didakwa mempersenda upacara agama Hindu baru-baru ini.
Pihak polis juga telah bertindak memburu individu berkenaan selepas seorang lelaki berusia 32 tahun membuat laporan polis mengenai perkara itu.
Lelaki hina Islam tampil mohon maaf
Terbaharu, individu tular yang dipercayai pemilik akaun berkenaan telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya, dia mengakui bahawa percakapan serta tindakannya adalah tidak patut dilakukan.
“Selamat pagi, saya ‘Vijayan Savarinathan’ saya ada buat video cakap lucah tentang Melayu Muslim di Malaysia, saya minta maaf ikhlas dari hati saya.
“Sebab diorang buat video itu (isu penyampai 3 pagi Era) saya pun marah tak boleh tahan kita (penganut Hindu) kena hina, tapi itu bukan alasan untuk saya cakap video yang saya buat itu adalah betul,” katanya.
Pandai pulak mintak maaf pic.twitter.com/FjhO2ovreC
— MYNEWSHUB (@mynewshub) March 10, 2025
Vijayan Savarinathan dipercayai tinggal di luar negara
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan terhadap lelaki itu dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman, sejurus laporan polis dibuat termasuk usaha mengesan individu terbabit yang berkemungkinan berada di luar negara.
Malah, netizen juga yang melakukan semakan di akaun Facebook lelaki itu mengatakan bahawa dia adalah seorang pemandu lori yang bekerja di Australia.
Bukan itu sahaja, pemuda MIC Pahang, juga telah membuat laporan polis pemilik akaun Facebook Vijayan Savarinathan atas tindakannya menghina Islam dan bangsa Melayu.
Baca Artikel Berkaitan: Pemilik Akaun FB Vijayan Savarinthan Yang Dicari Polis Didakwa ‘Pilot Darat’ Di Australia

![[Review] Best Ke Bazar Ramadan Stadium Shah Alam? Ini Hasil Terjahan Kami](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)

